Thursday, February 11, 2010

KATA-KATA ALUAN DARI PENGERUSI KOPRESS - EN KHALID ZAKARIA

Assalamuaikum w.b.k

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli ISMA kepada projek-projek Koperasi seperti projek kurma dan gerai jualan sempena KOBANA baru-baru ini.

Sukacita saya umumkan disini, Kopress Berhad telah memeterai perjanjian dengan Telaga Biru Sdn Bhd untuk menjual produk-produk keluaran mereka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Projek ini adalah projek besar Kopress dan sekali lagi kami mengharapkan sokongan padu daripada semua ahli-ahli Isma bagi menjayakan projek ini. Selain daripada menjana keuntungan dari jualan, projek pesta buku ini diharap akan dapat memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa ISMA tidak hanya terlibat dalam aktiviti dakwah semata-mata bahkan mampu untuk menceburi bidang perniagaan yang mencabar.

Saya yakin berkat dari sokongan padu dari semua ahli ISMA, Pembina dan KRIM, projek Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 ini akan mampu dijayakan.

Sekian. Wassalam dan semoga jumpa di sana.

Khalid Zakaria
Pengerusi Kopress

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt..
    adakah booth tuan/ puan akan menjual majalah solusi?? isu berapa yang ada stok??

    ReplyDelete