Thursday, February 11, 2010

KATA-KATA ALUAN DARI PENGERUSI KOPRESS - EN KHALID ZAKARIA

Assalamuaikum w.b.k

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli ISMA kepada projek-projek Koperasi seperti projek kurma dan gerai jualan sempena KOBANA baru-baru ini.

Sukacita saya umumkan disini, Kopress Berhad telah memeterai perjanjian dengan Telaga Biru Sdn Bhd untuk menjual produk-produk keluaran mereka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Projek ini adalah projek besar Kopress dan sekali lagi kami mengharapkan sokongan padu daripada semua ahli-ahli Isma bagi menjayakan projek ini. Selain daripada menjana keuntungan dari jualan, projek pesta buku ini diharap akan dapat memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa ISMA tidak hanya terlibat dalam aktiviti dakwah semata-mata bahkan mampu untuk menceburi bidang perniagaan yang mencabar.

Saya yakin berkat dari sokongan padu dari semua ahli ISMA, Pembina dan KRIM, projek Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 ini akan mampu dijayakan.

Sekian. Wassalam dan semoga jumpa di sana.

Khalid Zakaria
Pengerusi Kopress

Monday, February 8, 2010

KOPERASI PROFESIONAL IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KOPRESS) MENYERTAI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010

Kopress Berhad akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 buat julung-julung kalinya dan bekerjasama untuk memasarkan produk-produk keluaran penerbit terkenal Telaga Biru Sdn Bhd di enam buah gerai (booth) jualan tahun ini. (Untuk melihat produk Telaga Biru sila klik link di sebelah kanan anda)




Kuala Lumpur International Book Fair
29th KL International Book Fair

BILA DAN DI MANA

Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini masih di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pada tarikh serta masa seperti berikut :-

Tempat
Dewan Tun Razak Hall 3
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur


Tarikh
19 hingga 28 Mac 2010

Masa Urusniaga
10 pagi - 8.00 malam pada hari isnin hingga khamis
10 pagi - 9.00 malam pada hari jumaat hingga ahad

Nombor Gerai KOPRESS C10, C11, C12, C16, C17, C18

Untuk pertanyaan sila hubungi

Mohd Jaini - 0193258285 atau email jai_nstp@yahoo.com






PETA LOKASI BOOTH JUALAN KOPRESS BERHAD

PRODUK-PRODUK KELUARAN TELAGA BIRU






PRODUK-PRODUK KOPRESS


MEMO STICKER
Dengan cetakkan logo, motto dan web site isma
Antara barang terlaris dan mendapat pemintaan

Untuk tempahan sila hubungi
En Jaini - 019-3258285

PEN BUBBLE
Pelbagai bentuk pen dan warna boleh diperolehi termasuk cetakkan logo dan website isma. Cawangan ISMA boleh membuat tempahan dengan menghubungi

Mohd Jaini 0193258285